Sunday, October 18, 2015

Ricotta Cheese


Punca semangat nak buat Ricotta Cheese ni pun sebab teringin nak buat Ricotta Cheese Cake dan ternampak banyak juga resipi-resipi yang menggunakan ricotta cheese ni.  Puas juga cari ricotta cheese ni di supermarket tapi tak ada.  Dan ada sekali tu jumpa di Giant...mak ai punyalah mahal harganya.  


Hati terus teringatkan seseorang...teruslah aku tanya tentang ricotta cheese ni.  Dia kata diorang buat sendiri aje ricotta cheese ini. Maka aku pun cubalah buat.

1 liter susu segar
1/2 cawan whipping cream
3 sb jus lemon atau cuka

1.  Satukan susu dan whipping cream dalam periuk.  Masak dengan api sederhana sambil dikacau-kacau.  Bila nampak dah mendidih sedikit, masuk jus limau atau cuka.  Masak lagi sambil dikacau perlahan.


2.  Masak hingga nampak berketul-ketul dan seperti ada cecair berasingan. 
  
3.  Kemudian tapiskan.  Sebaiknya gunakan kain muslin.  Senang nak perah ketulan cheese itu nanti.  Kalau tak ada, boleh gunakan penapis kelapa macam yang aku buat ni.   Biarkan air tu tos.  Tapi sebab nak cepat aku tekan perlahan-lahan dengan belakang senduk supaya air dari cheese itu dapat dikeluarkan.  



Buang cecair itu.  Gaulkan cheese itu dengan sedikit garam kalau nak ia masin.  Masuk dalam bekas, simpan dalam fridge dan siap untuk digunakan kelak.  Ia boleh tahan selama 1-2 minggu. 

Ricotta cheese ini sememangnya lembik ye.  Ia boleh dijadikan bahan untuk buat kek atau dimasak pasta.




No comments:

Post a Comment